nasihat

Hadis

"Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta"

Friday, August 19, 2011

home


Ini adalah maklumat penting yang amat membantu anda semua,di harap anda semua sudi membaca.Saya sebagai perunding kewangan@wakil etiqa takaful bukan mahu meminta-minta wang anda tetapi hanya membantu anda untuk menjamin masa hadapan anda.
Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman sesawang ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Sedangkan anda pula dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna dengan masa yang lapang sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman sesawang ini.  sebelum tu saya minta izin dari  en.Azizam Saidina Othman utk berkongsi maklumat ini bersama,teme kasih.. 
Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti

Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…



Etiqa Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful Komposit bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di dunia.
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan syarikat takaful dibawah kumpulan perbankan yang terbesar di malaysia iaitu kumpulan Maybank 
  • Etiqa Takaful Berhad dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah supaya setiap aktiviti kewangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.

Peringatan Penting Kepada Bakal Pelanggan


bulletsbluerightKepada semua bakal bakal pelanggan syarikat insuran dan takaful. Pastikan anda mengistiharkan kesihatan anda dengan jujur didalam borang cadangan/permohonan semasa proses mengisi borang. Jika anda menyembunyikan tahap kesihatan anda berkemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak. Untuk itu, bertindaklah dengan jujur semasa memberi tahu tahap kesihatan anda kepada wakil/agen syarikat takaful anda
Masuk & Berhenti
Ramai peserta takaful berhenti atau menamatkan sijil ketika sijil mereka masih baru. Anda tidak seharusnya menamatkan sijil takaful yang sedia ada untuk menyertai pelan yang baru dari syarikat yang lain atau syarikat sekarang.
Tindakkan menamatkan sijil akan merugikan diri anda sendiri dan menguntungkan syarikat dan wakil yang mewakili anda.
Untuk pengetahuan saudara/i yang saya hormati. Syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia dikawal selia oleh pihak yang berkewajipan. Mereka memantau segala aktiviti supaya selari dengan kehendak agama Islam.
Jangan terpengaruh dengan wakil wakil yang mengesyorkan supaya anda menamatkan sijil takaful anda. Seeloknya behubung dahulu dengan wakil anda atau syarikat anda untuk memastikan dakwaan mereka.
Lainlah jika anda menyertai pelan yang bercanggah dengan tuntutan agama seperti link dibawah ini

pelan mesra


Takaful Mesra

Picture


Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGANbeserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan seperti nisbah berikut.

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda.

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian
  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat  kematian

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan

Manfaat kematian + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar kepada peserta secara berperingkat seperti berikut:-

Tahun pertama     :         10% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta 

Tahun kedua         :         10% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga         :          10% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat     :          10% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima         :           60% dari jumlah perlindungan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas usia 65 tahun )

Manfaat tambahan Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-

a) Manfaat Hospital
b) Manfaat Pampasan Kemalangan
c) Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
d) Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

plan sarjana


TAKAFUL SARJANA
...panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...fikirkan masa depan anak-anak anda, untuk melanjutkan pelajaran, banyak perbelanjaannya...fikirkan jika mereka hilang tempat bergantung...adakah mereka patut berhenti belajar???ETIKA TAKAFUL SARJANA datang untuk menyelesaikan kebimbangan anda....


Utusan Malaysia 13 Julai 2005
Pelajar Melayu 120,000 tercicir ke IPTA
        "....kerana tiada perancangan
                                          tabungan pendidikan...."

Takaful Sarjana

Picture


Pengenalan
Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menyediakan tabung pendidikan kanak kanak beserta perlindungan yang konprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepada anak yang berumur 14 hari hingga 17 tahun.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak anda sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

Manfaat khas

Manfaat matang ( Pulangan Akaun peserta + Mudharabah )
  1. Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  2. Manfaat kematian
  3. Pendahuluan pendidikan
  4. Anugerah intelek  

 Ciri ciri pelan
Ketika kontrak matang, kesemua jumlah Akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta beserta mudharabah akan dibayar
  • Pelan ini menyediakan pendahuluan pendidikan tiga tahun sebelum tempoh matang
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar
  • Terdapat peruntukan bukan luhcut hak melalui sumbangan automatik
  • Tiada lien Juvana

 Peraturan pengunderaitan

Had umur layak menyertai
14 hari hingga 17 tahun

Tempoh kontrak
5 tahun hingga 25 tahun

Umur matang
13 tahun hingga 25 tahun ( pilihan )

 Jumlah perlindungan keseluruhan untuk Juvana terhad sehingga RM250,000.00 sahaja ( Pelan asas + Rider bertempoh )

 Pembayaran manfaat

1. Manfaat matang

Jumlah Akaun peserta terkumpul + Mudharabah Akaun Peserta terkumpul + Lebihan dari Akaun Khas Peserta

 2. Manfaat Keilatan kekal dan menyeluruh

a) Tahun pertama    :        20% dari Amaun perlindungan + Jumlah Akaun Peserta terkumpul + Mudharabah dari                                                   Akaun Peserta   
b) Tahun kedua       :       40% dari Amaun perlindungan
c) Tahun ketiga       :       40% dari Amaun perlindungan

 3. Manfaat kematian

Jumlah Amaun Perlindungan+ Jumlah Simpanan terkumpul+ Keuntungan dari Akaun peserta

4. pendahuluan pendidikan

   a) 80 % daripada Simpanan
   b) 3 Tahun Sebelum Matang

5Anugerah intelek:

   Jika anak anak anda memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan berikut. Etiqa Takaful Berhad    akan mengurniakan

    Peringkat         Kelulusan                 Anugerah

      UPSR                    5A                          RM500

      PMR                      8A                          RM750

      SPM                      8A                          RM1000

      STPM                    5A                          RM1000

Kelebihan pelan ini

Manfaat pembayar

Skop perlindungan

Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh. Sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur anak mencapai 20 tahun ( mana yang terdahulu )Manfaat Pendapatan keluarga

Skop perlindungan

a) Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya pembayar meninggal dunia  atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh.
b) Jumlah perlindungan ( tuntutan ) akan dibayar secara setara ( sama rata ) bagi baki tempoh kontrak tersebut

Siapa yang boleh menyertai:
a)Terbuka kepada kanak kanak yang berusia 14 hari hingga 17 tahun
b) Sumbangan minima RM90.00 sebulan.



Apakah Hadiah Paling Berharga  Untuk Anak - Anak Kita...?
Jawapannya adalah : 

PENDIDIKAN, PENDIDIKAN & PENDIDIKAN


DILEMA IBUBAPA : Kos Pendidikan IPT anak

Sudahkah anda merancang dana pendidikan IPT anak ? Sebagai ibu bapa anda PASTI mahukan anak – anak 
menjejakkan kaki ke Universiti. Betul ? Tetapi keadaan sosio ekonomi pada hari ini, memerlukan ibu bapa
meyediakan satu DANA yang besar bagi menanggung anak – anak semasa belajar di Universiti kelak.


Berapakah Kos Pendidikan Universiti 15 tahun akan datang ?

Hari ini, kos belajar di Universiti adalah sekitar RM 40 000 bagi IPT Awam dan RM 60 000 bagi IPT Swasta.
( Kos yuran Universiti dan Kos Sara Hidup ). 15 tahun akan datang, kos tersebut akan meningkat beberapa
kali ganda. Ini disebabkan oleh tekanan Inflasi sekitar 4 -5 % setahun. Maknanya, ibubapa perlu
menyediakan RM 75 000 bagi menghantar anak masing – masing ke IPT Awam, dan RM 100 000 bagi IPT Swasta. Sama ada anda percaya atau tidak, inilah ‘value ‘ yang terpaksa ditanggung oleh para ibu bapa kelak. 

Oleh itu, sudahkah anda membuat persediaan ?

Sumber Kewangan : PTPTN atau dana Persendirian ?


Berapa gaji anda dan isteri pada hari ini ? RM 5000 ? Jika gaji ibu bapa melebihi RM 5000. anda hanya layak 
memohon RM 500 dari PTPTN bagi setiap anak di Universiti!!! RM 500 langsung tidak cukup untuk membayar Yuran Universiti Awam!!!

Bagaimana jika gaji anda bawah RM 5000. 

Ya mungkin anda layak memohon ¾ atau separuh dari kos pengajian keseuruhan. Selebihnya, anda terpaksa menanggung dengan gaji anda sendiri.!!! Tahun 2009, sebanyak 400 000 calon layak memohon melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej, dan dari jumlah ini, PTPTN hanya menyediakan 250 000 tempat bagi calon yang layak!!! Adakah anak anda cukup bertuah bagi mendapatkan dana PTPTN ??? Ini kisah hari ini…..

Bagaimana dengan 15 tahun dari sekarang ???
Masih wujudkah PTPTN atau syarat permohonan semakin ketat…? 
Bagaimana dengan faedah yang dikenakan?

Persoalannya sekarang, kemudahan pinjaman kewangan pada masa hadapan, masih kabur dan tiada jaminan!!!
Inilah masanya bagi anda menyediakan dana pendidikan IPT anak dari sekarang…

Anda adalah ibubapa yang bertanggungjawab kerana telah mula menyimpan bagi pendidikan IPT anak anda.
Panas yang disangkakan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. 


Ada 2 perkara yang mungkin boleh menjejaskan simpanan anak anda :

1. Anak anda mengidap penyakit biasa / kritikal yang memerlukan rawatan dengan kos yang tinggi 
2. anda sebagai ibubapa, meninggal dunia / hilang upaya bekerja / mengidap penyakit kritkal!!
Sebagai Ibu Bapa, buatlah persediaan dari sekarang..
Etiqa Sarjana menjamin pendidikan Anak Anda.


Alkisahnya
.............Renungkan...........

    Adakah anda sudah membaca tulisan Dr. Rusly Abdullah, mengenai dengan komen beliau bahawa majoriti kaum bukan melayu menyediakan satu bentuk perancangan kewangan untuk keperluan pengajian anak-anak mereka berbanding orang melayu yang lebih mengharapkan pinjaman PTPTN. 

    Saya bukan nak menghina orang melayu, saya sendiri pun melayu juga tetapi hanya untuk memberi kesedaran bahawa bangsa kita bangsa melayu tidak ketinggalan. 

    Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan jika anda masih belum menyediakan sesuatu bentuk perancangan kewangan untuk keperluan pembelajaran anak-anak, bertindak bijaklah sekarang selepas mengambil sedikit tip daripada topik ini.
    Kebanyakkan dari kita selalunya lebih sibuk membuat persiapan menerima kelahiran baru, dari pusat bersalinnya, tempat tidur, perkakas bayi dan segala macam lagi, bagus tindakan itu.. Tetapi kita terlupa mengenai keperluan pembelajarannya kelak.

     Apa yang anda fikir ‘tak pa lama lagi nak masuk U betul tak? Maka anda tidak fikir untuk melabur atau menabung keperluan ini. Inilah yang menjadi kesilapan kita. Mengapa mahu tunggu usia anak 18 tahun atau habis SPM baru nak merancang kewangan anak masuk kolej? Dalam isitilah perancangan kewangan, keperluan kewangan adalah keperluan jangkamasa yang panjang. 


Untuk itu, saya cadangkan pada anda melabur dari awal. 

Satu contoh kisah yang benar berlaku...

Satu keluarga pasangan suami-isteri kedua-duanya adalah kakitangan kerajaan yang hampir pencen dan mempunyai  anak-anak yang pandai dalam pelajaran. Tiga daripada lima anak mereka sedang belajar di Universiti tempatan.

Anak pertama dan kedua mendapat pinjaman PTPTN dan anak ketiga memperolehi keputusan cemerlang semasa SPM jadi beliau mendapat biasiswa dari kerajaan. Nampaknya masalah belum timbul lagi kerana semuanya mendapat penajaan.

Apabila tiba anak keempat beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, tiba masa keputusan SPM keluar, keputusannya cemerlang tetapi malangnya setelah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA, beliau tidak berjaya.  Ini berlaku kerana persaingan terlampau sengit, pelajar cemerlang terlalu ramai berbanding dengan tempat belajar yang kurang. Kalau kita sebagai ibubapa pelajar tadi adakah kita sanggup melihat anak kita yang cemerlang dalam SPM duduk dirumah, tentu tidak kan. Untuk pengetahuan anda kos untuk menjadi Dr adalah ratusan ribu jika belajar di oversea.

Sebagai ikhtiar ibubapanya telah menghantar ke Indonesia dengan perbelanjaan sendiri sebanyak RM80,000 untuk bayaran perdaftaraan. Rasa-rasa mana nak cekau duit sebanyak itu….keluarga tersebut terpaksa mengadai balik rumah mereka yang dah habis bayar demi masa depan anak. Disebabkan terlalu mengharap IPTA dan PTPTN mereka tidak pernah terfikir untuk membuat tabungan pelajaran untuk anak-anak pada masa dahulu.

  Bayangkan kalau kes tersebut terjadi pada diri kita, ada ke rumah untuk kita gadai, harta-harta lain yang boleh kita jual. Kalau ada pun takkan nak gadai atau jual sebab kita masih ada masa untuk merancang tabung pelajaran anak kita pada masa sekarang ni. Jadi jangan berlengah lagi, mulakan tabungan sekarang. 

Untuk Maklumat Percuma
Sila hubungi       :       Perunding Takaful Anda
Nama                  :      erdayu bt rosli
Telephon            :      019-2828355
Email                   :      erdayu_rosli@yahoo.com.my