nasihat

Hadis

"Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta"

Friday, August 19, 2011

pelan mesra


Takaful Mesra

Picture


Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGANbeserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan seperti nisbah berikut.

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda.

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian
  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat  kematian

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan

Manfaat kematian + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar kepada peserta secara berperingkat seperti berikut:-

Tahun pertama     :         10% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta 

Tahun kedua         :         10% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga         :          10% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat     :          10% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima         :           60% dari jumlah perlindungan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas usia 65 tahun )

Manfaat tambahan Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-

a) Manfaat Hospital
b) Manfaat Pampasan Kemalangan
c) Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
d) Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

No comments:

Post a Comment